Wednesday, November 12, 2008

REFORMASI WANITA UMNO

Sejak kebelankangan ini, sering kali kedengaran di media massa dan juga di dada akhbar berkaitan pergolakan dalam UMNO. Isu peralihan kuasa Presiden UMNO sehinggakan kepada peralihan kuasa Pergerakan Wanita UMNO. Mengapakah ini berlaku?Dimana silapnya?Saya amat-amat sedih bilamana melihat pergolakan UMNO bukan di peringkat perebutan jawatan malah terjadi tuduh menuduh, isu politik wang dan sebagainya.Apa yang mereka mahukan??tepuk dada tanya iman masing.

Pergolakan Wanita UMNO,Tan Sri Rafidah Aziz berkeras hati untuk mempertahankan jawatannya sehingga Ogos 2009 sebelum peralihan kuasa diberi kepada Dato'Sharizat Abdul Jalil dan menyusulkan saranan agar jawatan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita tidak dipertandingkan demi mengelak daripada perpecahan dalam kepimpinan UMNO. Namun, bagi calon Naib Ketua Wanita UMNO Dato Kamalia enggan dan tidak bersetuju dengan saranan tersebut serta tidak berganjak dengan keputusan untuk menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Ketua.

Bagi pandangan peribadi saya, Tan Sri Rafidah Aziz perlu memikirkan agar jawatan Ketua Wanita & Naib dibuka untuk dipertandingkan. Dato'Kamalia mempunyai misi dan visi yang akan memperbaharui kepimpinan wanita sekaligus sebagai jentera terbaik bagi menawan semula hati-hati wanita agar kembali kepada UMNO wardah perjuangan kepada agama,bangsa dan negara. Makluman, Dato'Kamalia adalah seorang peguam dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan islam. Bagi saya, sudah tiba masanya UMNO mengetengahkan calon-calon seperti Dato'Kamalia yang menjadikan wardah islam adalah utama.

Saya berpendapat, UMNO perlu mengetangah tokoh-tokoh agama agar UMNO terus releven dengan islam. Islam adalah utama sebelum yang lain-lain.

No comments: