Monday, November 10, 2008

Reformasi UMNO-TERENGGANU

Seperti mana yang kita ketahui bahawa, Terengganu mengalami krisis kepimpinan dalam UMNO. UMNO Terengganu wujud beberapa puak dan suku. Tidak dinafikan bahawa YAB Menteri Besar mempunyai team nya sendiri dan YB Dato Seri Idris Jusoh mempunyai team nya sendiri. Kedua-dua tokoh mempunyai perbezaan yang tersendiri. Secara jujurnya, saya berpendapat UMNO Terengganu perlu merombak kembali struktur organisasi yang lebih mantap untuk mentadbir negeri dan parti. Pada pilihan raya umum 12 yang lalu, beberapa tokoh yang berpontensi tidak dicalonkan semula dan ada di antaranya di bawa ke Parlimen. Strategi tersebut kurang tepat. Tetapi alangkah sayangnya Ybhg Dato’Dr Abdul Latiff Awang tidak dicalonkan semula. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan bidang yang dipegang selama ini. Begitu juga, ketokohan Dato Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri di bawa ke Parlimen. Sebenarnya, Terengganu mempunyai ramai tokoh-tokoh yang dikira terbilang dan berkemampuan untuk membawa Terengganu ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan negeri di Pantai Barat. YB Dato’Razali Ismail merangkap Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia juga tidak kurang hebatnya.

Saya begitu risau dan bimbang dengan pertelingkahan yang berlaku tidak reda-reda sampai ke hari ini. Adakah kepimpinan UMNO Terengganu harus berdiam diri dan tidak cuba mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Janganlah antara di antara kepimpinan UMNO Terengganu mementing diri sendiri demi mengaut kekayaan dan ingin populariti. Rakyat hari ini bijak menilai. PRU 13 akan kembali 3,4 tahun lagi. Masa 3,4 tahun bukan lah lama. Ayuh, cuba selesaikan dengan cara yang terbaik. Jangan berpihak kepada mana-mana puak demi kepentingan diri walaupun salah tetapi mengiakan. Jujurlah dalam perjuagan demi memartabatkan agama,bangsa dan negara. Ingat, parti lawan terutama PAS akan menggunakan isu pergolakan dalam UMNO sebagai modal pada siri-siri ceramah yang diadakan. Jadikan pengalaman 1999 sebagai pengajaran yang berguna kepada UMNO. Saya tidak sanggup melihat UMNO akan tumbang sekali lagi pada PRU 13. Untuk merampas kembali, agak sukar disebabkan PAS akan menggunakan pengalaman 1999-2004 sebagai panduan untuk memperbaiki diri kiranya ianya dapat menawan kembali Terengganu. Ditambah pula, royalti minyak 5% kerajaan pusat ke pada kerajaan Negeri Terengganu dikembali balik.
Ayuh, kepimpinan UMNO Terengganu. Saya dan ahli-ahli UMNO yang lain jelek melihat krisis tersebut berlarutan hampir setahun dan tidak reda hampir sekarang. Di manakah titik kesepaduan yang perlu dicari bagi menyelesaikan masalah tersebut. Fikir-pikirkanlah agar ia tidak menjadi lebih parah dan barah yang sukar diubati lagi. Sudah tiba UMNO Terengganu mempunyai reformasi kepimpinan yang baru bagi memastikan kesinambungan kepimpinan terdahulu.
Pepatah “nasi sudah menjadi bubur”....

No comments: