Friday, April 11, 2008

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri , Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin negara yang ke 5 selepas mengambil alih tompok pemerintahan dari Tun Mahathir Mohamad.Hampir 5 tahun beliau menjadi nahkoda Malaysia.Pahit dan getir beliau harungi sepanjang bergelar Perdana Menteri.Ada yang menyambutnya dengan baik dan ada yang menikam dari belakang serta ada juga yang mengkritik segala dasar yang diperkenalkan.

Pilihanraya 11, BN/UMNO telah menyapu hampir seluruh negara dan berjaya merampas kembali Terengganu dari pemerintahan pembangkang iaitu PAS serta menafikan 2/3 majoriti di Kelantan.

Wednesday, April 9, 2008

Analisis PRU 12

Pilihanraya ke 12 telah berlalu sebulan yang lepas.Parti Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan untuk kali ke 12 walaupun memperolehi majoriti mudah sebanyak 140 kerusi parlimen.Namun, agak cukup mengejut semua pihak apabila negeri-negeri yang tidak disangka ditawan oleh Pembangkang telah tersungkur.Perak,Kedah,Selangor dan Pulau Pinang tetapi Kelantan berjaya dikekalkan oleh Parti Pembangkang.

Namun PRU 12 telah berlalu dan tersimpan dalam linpatan sejarah pahit UMNO/BN.Secara tersiratnya,ramai kepimpinan UMNO terpaksa menitis air mata apabila keputusan demi keputusan disiarkan di media arus perdana dan swasta.Dato'Seri Shahrizat Abd Jalil tumbang di Lembah Pantai yang dahulu kubu kuat Barisan Nasional.Dato'Seri Shahrizat adalah salah seorang bekas Menteri Kabinet yang banyak bekerja keras dalam memacu pembangunan negara dalam sektor wanita dan kebajikan masyarakat.

Dato'Seri S Samy Vellu terjunam di Sungai Siput yang mana beliau mewakili hampir 4 penggal di sana.Namun,kpeutusan tersebut diterima dengan hati terbuka tanpa bantahan seperti mana parti pembangkang yang menuduh SPR tidak telus dalam proses pilihanraya.Jika SPR tidak telus, hampir semua negeri BN boleh kuasai.Tetapi,pihak pembangkang sentiasa menfitnah kepada barisan nasional hampir setiap masa.

Terengganu juga terkena tempias tsunami tersebut.4 kawasan dewan undangan negeri beralih kepada PAS.Antara kawasan Sura,Bukit Payong,Bukit Tunggal dan Ladang.Tetapi BN berjaya mengekalkan majoriti 2/3 dewan undangan negeri.Di mana silapnya?Sama-sama kita post-mortem.Salah satunya pemilihan calon dan boikot calon2 yang baru.