Saturday, November 1, 2008

KEMELUT SEKALI LAGI MELANDA TERENGGANU

Terengganu sekali lagi bakal berdepan satu isu yang cukup besar iaitu beberapa orang exco akan dilucutkan jawatan ekoran ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh YAB Dato'Ahmad Said agar semua exco tidak bertanding untuk merebut jawatan dalam pemilihan dalam Ketua Bahagian UMNO.Namun, saranan tersebut tidak diendah.

Umum mengetahui, "Giant Killer" atau Senator Dato' Abdul Rahman Bakar mantan Ketua Bahagian Marang telah dicabar oleh Exco Kerajaan Negeri yang juga YB yang mewakili Adun Pengkalan Berangan YB Yahya Khatib. YB Yahya berjaya dengan mendapat majoriti yang cukup besar separuh dari jumlah undi yang diperolehi oleh mantan ketua bahagian.Namun,pada pemilihan yang lepas mantan Ketua Bahagian telah dicabar oleh mantan Exco Pengajian Tinggi, Sumber Manusia (2004-2008) iaitu YBhg Dato'Dr Abdul Latiff Awang tetapi majoriti yang kalah adalah cukup kecil.Ybhg Dato'Dr Abdul Latiff Awang tidak berjaya.

Perlu ingat, bahagian Marang adalah bahagian yang bermasalah baik dari segi kepimpinan mahupun dari pemilihan untuk menjadi calon pada pilihanraya. Apabila diimbas kembali, istilah cah keting melanda beberapa kawasan di bahagian Marang terutama Dun Alor Limbat.Amat malang sekali, semua kepimpinan cawangan mahukan perubahan kepimpinan yang cukup baik.Kurang bersetuju dengan tindakan YB Menteri Besar ingin melucutkan jawatan YB Yahya Khatib selaku Exco yang mana tidak sampai setahun memegang tampuh pemerintahan selaku MB.Adakah MB giler kuasa?adakah kuasa MB terlalu besar berbanding dengan YB yang lain..Tepuk dada tanya iman.Kita tidak mahu, dunia melihat sekali lagi kemelut yang melanda di Negeri Terengganu?Adakah kita rela melihat pucuk pimpinan sentiasa bermasalah?Ingat,,PRU 13 akan menyusur ..padah akan terasa kepada UMNO.

Pikir-pikirkan wahai pimpinan UMNO Terengganu terutama MB!

1 comment:

. said...

blog ini cukup baik. saya telah masukkan blog ini dalam blogroll saya di http://nobisha.blogspot.com Jemputlah membaca blog saya.