Tertarik untuk mengulas berkaitan dengan pilihanraya peringkat yang sesetengah IPTA di seluruh negara telah melakukan dan sesetengah IPTA menangguhkan sehingga ke tahun untuk memberi laluan kepada para pelajar untuk menunpukan kepada peperiksaan dan cuti semester yang bakal menyusul tidak lama lagi. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang terpilih untuk mewakili pemimpin mahasiswa bagi sesi 2008/2009.
Apa yang ingin diulas berkaitan senario yang berlaku sejak dari dulu sehingga sekarang. Tidak dapat dinafikan, diperingkat IPTA terdapat dua kumpulan iaitu Pro Kerajaan dan Pro Pembangkang. Tidak faham dengan situasi dua-dua kumpulan tersebut. Apa agenda kedua-dua kumpulan tersebut di IPTA. Jika dilihat kepada Pilihanraya UMUM Malaysia, terdapat banyak parti politik yang bertanding untuk membentuk kerajaan. Akan tetapi, apa faedah yang dapat sekiranya mahasiswa bergerak sebagai Pro Kerajaan dan sebagai Pro Pembangkang. Saya hairan mereka yang mengelarkan sebagai Pro Pembangkang.Apa yang ingin mereka perjuangankan? adakah apabila mereka berkuasa di IPTA, kumpulan tersebut akan sentiasa menjadi pembangkang kepada organisasi IPTA tersebut.

1 comment:
Zaman saya dahulu (mungkin di UM saja) tidak dibayangi oleh parti. Kami bertanding atas kekuatan sendiri dan tidak menyandar pada mana-mana tokoh politik atau parti.Jika kami dilihat tidak bersetuju dengan pihak kerajaan mengenai sesuatu isu, itu semata-mata pandangan kami per se untuk menjaga kepentingan dan kebajikan mahasiswa. Apabila kami tidak terikat dengan mana-mana parti atau ahli politik, kami "merdeka" untuk mengatakan tidak atau "ya". Kami sendiri tidak dianggap ancaman kepada mana-mana pihak di luar sana
Post a Comment