Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
1.Saya ingin berkongsi pengalaman yang mana menyokong kepimpinan UMNO. Sejak dibangku sekolah lagi, minat mendalam dalam era politik terserlah. Landasan yang dipilih adalah UMNO. Mungkin disebabkan keluarga dari UMNO, so anak-anak akan ikut perjuagan yang sama. Akan tetapi, bagi diri saya berpegang kepada prinsip yang betul.
2.Apa itu UMNO ?Apa perjuangan yang dibawa?memang agak sukar sesetengah orang yang bukan ahlinya untuk menjawab. Bagi yang faham akan perjuangan sebenar penubuhan UMNO. Mereka akan faham hala tuju , misi dan visi yang telah dibuat pemimpin terdahulu. Hari ini, ramai pemimpin yang lahir selepas zaman kemerdekaan. Dalam erti kata lain, generasi merdeka.
3.Bilamana diimbas kembali, negara mencapai kemerdekaan. Pemimpin terdahulu terpaksa bersekang mata dan berusaha sedaya upaya demi memerdekakan tanah air Malaysia ini daripada penjajahan. Namun, hari ini ramai yang tidak sedar akan usaha tersebut oleh kerana mereka tidak merasa kepayahan hidup di zaman-zaman tersebut. Tun Dr Mahathir selalu menekankan bahawa, generasi muda harus bersyukur akan kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini.
4.Berbalik kepada UMNO. Boleh dikatakan, ramai kepimpinan UMNO hari ini menawar diri untuk mewakili UMNO oleh kerana disebabkan "wang" dan "projek". Kita boleh semak, siapa yang menjadi YB tidak mempunyai harta yang banyak. Amat jarang la YB tersebut. Masing-masing berebut-rebut mencari seberapa banyak kekayaan dan menggunakan pengaruh untuk mendapatkan habuan sebagainya.
5.Apa erti kita mewakili rakyat kiranya itu yang dicari dan dikejar?Secara peribadi , saya tidak nampak hari ini YB tidak kira dalam UMNO, PAS, PKR ,DAP dan lain-lain parti berjuang ikhlas untuk menyelesaikan masalah rakyat. Perlu ingat bahawa, Status YB adalah "hamba kepada rakyat". Bukan menggunakan "YB" sebagai landasan untuk mengaut keuntungan. Saya berterima kasih kepada YB yang betul-betul berjuang demi masyarakat dan keikhlasan yang betul-betul.
6.Amat malang sekali, kiranya landasan "YB" disalahgunakan untuk lain-lain kepentingan. Ingat, walaupun kita kaya dan mempunyai pengaruh yang banyak. Jangan lupa Allah swt akan Hisab bilamana sampai waktunya. Saidina Umar Al-Khattab pernah menanggis kerana takut kepada Allah swt kiranya jawatan Khalifah (menjadi pemimpin ) menyebabkan dia ke neraka. Saidina Umar adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw yang dijamin syurga.Ingatlah, kita tidak terlepas daripada hisab Allah swt.