Wednesday, October 22, 2008

PILIHANRAYA KAMPUS

Tertarik untuk mengulas berkaitan dengan pilihanraya peringkat yang sesetengah IPTA di seluruh negara telah melakukan dan sesetengah IPTA menangguhkan sehingga ke tahun untuk memberi laluan kepada para pelajar untuk menunpukan kepada peperiksaan dan cuti semester yang bakal menyusul tidak lama lagi. Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang terpilih untuk mewakili pemimpin mahasiswa bagi sesi 2008/2009.

Apa yang ingin diulas berkaitan senario yang berlaku sejak dari dulu sehingga sekarang. Tidak dapat dinafikan, diperingkat IPTA terdapat dua kumpulan iaitu Pro Kerajaan dan Pro Pembangkang. Tidak faham dengan situasi dua-dua kumpulan tersebut. Apa agenda kedua-dua kumpulan tersebut di IPTA. Jika dilihat kepada Pilihanraya UMUM Malaysia, terdapat banyak parti politik yang bertanding untuk membentuk kerajaan. Akan tetapi, apa faedah yang dapat sekiranya mahasiswa bergerak sebagai Pro Kerajaan dan sebagai Pro Pembangkang. Saya hairan mereka yang mengelarkan sebagai Pro Pembangkang.Apa yang ingin mereka perjuangankan? adakah apabila mereka berkuasa di IPTA, kumpulan tersebut akan sentiasa menjadi pembangkang kepada organisasi IPTA tersebut.

Tuesday, October 21, 2008

DATO'SERI IDRIS B JUSOH- MANTAN MENTERI BESAR TGANU 2004 - MAC 2008

Mengambil kesempatan ini mengucap "Selamat Bertanding" kepada YB Dato'Seri Idris B Jusoh untuk mengekalkan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Semoga beliau berjaya.2004 merupakan era perubahan kepada yang drastik kepada Terengganu.Banyak sumbangan idea, matlamat, visi dan juga misi untuk membawa Terengganu kepada Dunia. Akan tetapi, 2008 beliau akur dengan kehendak pihak istana agar beliau diganti dengan orang yang baru. Sesungguh Allah swt maha mengetahui dan maha mencipta.

Akan tetapi dibawah pentadbiran beliau, banyak prasana pembangunan yang dibangunkan. Tidak dapat dinafikan bahawa, nama Terengganu terus melonjak dibibir mulut setiap warga Terengganu malah pelancongan dari dalam dan luar negara.Tahniah YB Dato'Seri. Semoga niat ikhlas yang ingin melihat kejayaan Terengganu akan sentiasa diberkati.

Kepimpinan YB Dato'Seri memang terserlah. Tidak dapat dinafikan, dalam politik ada masa kita berada di atas dan atas masa kita berada di bawah.Perlu diingat, bilamana kita berada di atas, kita harus bersyukur oleh kerana jawatan tersebut tidak menjanjikan untuk kita buat selama-lamanya. Apabila sampai masa, kita perlu akur dengan kehendak akar umbi.Berhati-hati dengan mainan dunia ini. Silap langkah kita akan merana selama-lamanya.

PEMIMPIN PERLU ADIL

Deman pemilihan untuk pelbagai jawatan samada di peringkat cawangan, bahagian mahupun peringkat tertinggi belum reda lagi. Pelbagai ragam, lagak calon-calon yang menawarkan diri untuk pelbagai jawatan. Namun, yang menentukan adalah diperingkat akar umbi. Seharusnya, semua peringkat di akar umbi perlu memilih pemimpin yang akan meneruskan agenda parti dengan ciri-ciri yang berlandasan agama bukan mengikut rentak dan bunyi yang dipalu oleh sesetengah yang taksub akan pemimpin yang menjanjikan pelbagai hadiah apabila ianya terpilih.

Sesungguhnya, Allah swt melarang umatnya memilih pemimpin yang tidak berkemampuan untuk mentadbir organisasi dan ianya akan menyebabkan kepada kehancuran.UMNO merupakan parti yang terbesar mewakili orang melayu.

Saturday, October 18, 2008

PEMILIHAN KEPIMPINAN UMNO

Seluruh negara telah mengadakan dan akan mengadakan permilihan dalam pucuk pimpinan bahagian masing-masing dan mencalonkan pemimpin yang akan bertanding di peringkat tertinggi UMNO ekoran YAB Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO pada Mac 2009.Umum mengetahui bahwa, pelan peralihan kuasa telah dipersetujui oleh kedua-kedua pemimpin sebelum pada tahun 2010. Ekoran desakan daripada Ahli Majlis Tertinggi dan segelintir pemimpin, YAB Dato'Seri terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar untuk berbincang semula tarikh yang sesuai ekoran desakan tersebut. Maka Mac 2009 telah dipersetujui untuk YAB Dato'Seri Abdullah memberi kuasa kepada pengantinya untuk meneruskan kepimpinan.
Malangnya, kedengaran cakap-cakap dari Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhiyyidin Yassin tarikh Mac 2009 adalah terlalu lama untuk calon yang akan bertanding berkempen yang akan menimbulkan pelbagai masalah seperti politik wang, tomahan, fitnah dan sebagainya. Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Persoalannya ?Adakah Tan Sri Muhiyyidin Yassin tidak sabar-sabar lagi untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO?Apabila melihat kepada kemerosotan BN, semua pemimpin dalam komponen BN menyalahkan dan meletakkan semua kesalahan kepada YAB Perdana Menteri. Adakah ini adil ?Bilamana diimbas kembali, selepas pemencatan Anwar Ibrahim selaku Mantan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato'Seri Abdullah selaku Timbalan Perdana Menteri telah menjelajah keseluruh Malaysia agar memberi sokongan padu kepada YABhg Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri itu. Ada juga badan-badan NGO, Pembangkang dan lain-lain mengadakan reformasi dan menyeru Tun Dr Mahathir meletak jawatan. Tetapi dengan kesetiaan YAB Dato Seri Abdullah agar setiap ahli UMNO Malaysia menyatakan sokongan padu dan merapatkan barisan dalam kepimpinan UMNO.
Kemerosotan BN pada pilihanraya umum yang lalu didorong pelbagai faktor.Antarannya kritikan secara terbuka mantan Perdana Menteri, pembebasan Anwar Ibrahim, perebutan jawatan dalam parti, cantas mencantas untuk dicalonkan dalam pilihanraya, soal calon yang bertanding dan sebagainya. Pokok asalnya yang mempengaruhi adalah Tun Mahathir. Pengaruh idea beliau masih diterima pakai lagi oleh semua lapisan masyarakat samada dalam UMNO mahupun Pembangkang.
Sehubungan dengan itu, seharusnya setiap kepimpinan UMNO bergading bahu dan membuat kajian semula serta merapat barisan untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku bukannya menuding jari kepada YAB Dato Seri Abdullah seorang. Ingat, pemimpin pergi dan adanya pengantinya. Akan tetapi,adakah pengunduran Dato Seri Abdullah memberi inspirasi baru dalam UMNO dan BN.Jika Ya, kita bersyukur tetapi jika tidak padah yang akan diterima oleh semua ahli-ahli UMNO.
Kita berharap agar calon-calon yang akan bertanding nanti seharusnya mempunyai rekod yang bersih selaku pemimpin seperti mana yang ingin kita lihat pemimpin yang tidak memberi undi, rasuah, tidak berdisplin dan sebagainya.Ingat, Allah swt telah mengariskan kepada kita untuk memilih seseorang untuk menjadi pemimpin. Tugas pemimpin adalah teramat berat, bukan sahaja di dunia malah di akhirat Allah swt akan meniliti akan kepimpinan semasa di dunia.Hendaklah seseorang pemimpin yang adil, berwawasan, bermatlamat dan sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan rakyat.
Selamat bersidang ...Terima kasih.