Thursday, May 29, 2008

Ezam - Ahli UMNO Seumur Hidup


Selamat Datang kepada Ezam Mohd Noor.

Kemasukan Mohd Ezam ke dalam UMNO sedikit sebanyak memberi kekuatan semula untuk parti kembali pulih dari tsunami pilihanraya 12 yang lalu. Walaubagaimanapun, kemasukan ezam ke dalam UMNO perlu kajian yang terperinci. Kiranya beliau kembali kepada UMNO semata-mata kecewa dengan perjuangannya dalam PKR, rasanya ianya tidak selaras dengan prinsip asal perjuangan UMNO.

Secara ringkas, UMNO adalah parti yang mewakili bangsa Melayu dalam segala aspek.UMNO masih releven dari mula penubuhan dan sehingga kini. Cakap-cakap yang menyatakan UMNO tidak releven adalah tidak benar sama sekali.

Bersetuju dengan pendapat Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhiyyidin Yassin, MT UMNO perlu mengkaji dengan terperinci kemasukan Ezam ke dalam UMNO. 1998 , merupakan detik yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh ahli UMNO yang mana beliau dan DS Anwar Ibrahim keluar UMNO. Beliau adalah individu yang lantang mengkritik UMNO sehinggakan 1999 Terengganu jatuh ke tangan pembangkang oleh kerana pengaruh beliau dan rakan-rakan yang lain.

Dengan penubuhan PKR, UMNO telah berpecah kepada dua.

1 comment:

sokong_kerajaan said...

Assalamualaikum,

Saya kurang percaya pada Ezam... Saya rasa ada motif tersembunyi di sebalik kemasukkannya ke dalam UMNO...

Lebih-lebih lagi menjadi ahli seumur hidup.

Apakah ini konspirasi terbaru untuk memasukkan Anwar Ibrahim kembali ke dalam UMNO?

Ahli-ahli UMNO yang sudah tau belang sebenar Anwar sebagai seorang pendokong Yahudi dan Kristian serta seorang yang mengamalkan homoseksual sudah tentu tidak dapat menerima dia kembali.