Friday, May 30, 2008

Pemimpin UMNO Perlu Ikhlas

Kemasukan semula Ezam Mohd Noor ke dalam UMNO menjadi tanda tanya sebilangan besar ahli UMNO samada di peringkat bawahan mahupun perinkat tertinggi. Adakah dengan kemasukan beliau akan dapat membantu memulihkan kepincangan yang berlaku dalam UMNO ekoran keputusan yang kurang memuaskan pada pilihanraya umum 12 yang lalu. Kiranya beliau ikhlas ingin berjuang untuk memulihkan parti, tiada masalah untuk menerimanya kembali.

Untuk rekod, Ezam adalah bekas Ketua Pemuda Keadilan Rakyat. Selepas berlaku krisis yang dalam parti PKR, beliau mengambil keputusan menubuhkan satu pertubuhan yang mana berjuang untuk menghapuskan rasuah di Malaysia.Ezam perlu menerangkan secara jelas matlamat beliau untuk kembali kepada UMNO. Hampir 10 tahun beliau berada di luar UMNO. Sasarannya, UMNO lah dijadikan tempat untuk menghabur fitnah, maki hamun dan sebagainya. Kalau diimbas kembali 10 tahun dahulu, dari kalangan ahli-ahli UMNO & Pemimpin tertinggi ada yang kurang bersetuju untuk Ezam kembali balik kepada UMNO. Rasionalnya, Kerajaan pada masa itu tidak langsung memberi manfaat kepadanya.

Kita sedar bahwa, darah muda yang menyebabkan beliau bertindak membabi buta meninggalkan UMNO 1998.Pengalaman 1998 cukup perit. UMNO berpecah. Ada yang kekal di dalam UMNO dan ada yang meninggalkan UMNO menyertai PKR, DAP dan juga PAS. Sebagai contoh Dato Kamaruddin Jaafar (Bekas Ketua UMNO Bahagian Tumpat) yang keluar UMNO masuk PAS sehinggalah sekarang.

Perlu diingatkan bahawa, tidak perlu untuk kita sebagai anggota UMNO yang berjuang dengan ikhlas meninggalkan parti ekoran ketua dilucutkan jawatan ekoran daripada tingkah laku.

Hari ini, UMNO dijadikan tempat untuk mereka-mereka yang ingin mengambil keuntungan daripada kejayaan UMNO mentadbir.Justeru itu, selaku ahli UMNO tidak patut meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti yang cukup jelas mempunyai misi & visi hala tuju perjuangan orang-orang melayu.


Thursday, May 29, 2008

Letak Jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri - DS Idris


YB Dato Seri Idris Jusoh secara rasminya mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu beberapa hari yang lalu. Tindakan tersebut sejajar dengan niat ikhlas agar UMNO Terengganu kembali kukuh dan kuat serta releven. Memang pengumuman tersebut menyebabkan sesetengah pihak berasa kehilangan permata yang cukup berharga dan ada pihak yang lain gembira dengan pengunduran beliau. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Bagi beliau, tindakan tersebut lebih baik daripada kekal menjawat jawatan tersebut ekoran beliau kini menjadi YB biasa.

Secara tradisinya , Pengerusi Badan Perhubungan UMNO disandang oleh Menteri Besar.Kini, YAB Dato Ahmad Said yang akan mengambil tugas-tugas tersebut.Pengorbanan DS Idris cukup besar di Terengganu selepas UMNO berjaya merampas kembali dari Pembangkang 2004.DS Idris jugak berjaya mengekalkan 2/3 majoriti kerusi dewan undangan negeri pada pilihanraya 12 yang lalu walaupun 5 negeri mengalami tsunami yang agak teruk sehinggakan BN telah menyerahkan kuasa kepada pembangkang.

Ezam - Ahli UMNO Seumur Hidup


Selamat Datang kepada Ezam Mohd Noor.

Kemasukan Mohd Ezam ke dalam UMNO sedikit sebanyak memberi kekuatan semula untuk parti kembali pulih dari tsunami pilihanraya 12 yang lalu. Walaubagaimanapun, kemasukan ezam ke dalam UMNO perlu kajian yang terperinci. Kiranya beliau kembali kepada UMNO semata-mata kecewa dengan perjuangannya dalam PKR, rasanya ianya tidak selaras dengan prinsip asal perjuangan UMNO.

Secara ringkas, UMNO adalah parti yang mewakili bangsa Melayu dalam segala aspek.UMNO masih releven dari mula penubuhan dan sehingga kini. Cakap-cakap yang menyatakan UMNO tidak releven adalah tidak benar sama sekali.

Bersetuju dengan pendapat Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhiyyidin Yassin, MT UMNO perlu mengkaji dengan terperinci kemasukan Ezam ke dalam UMNO. 1998 , merupakan detik yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh ahli UMNO yang mana beliau dan DS Anwar Ibrahim keluar UMNO. Beliau adalah individu yang lantang mengkritik UMNO sehinggakan 1999 Terengganu jatuh ke tangan pembangkang oleh kerana pengaruh beliau dan rakan-rakan yang lain.

Dengan penubuhan PKR, UMNO telah berpecah kepada dua.

Monday, May 26, 2008

AGM UMNO - Tengku Razaleigh Hamzah

Akhir tahun 2008, UMNO akan mengadakan AGM bagi memilih jawatankuasa untuk meneraju hala tuju parti. Semua peringkat akan mengadakan pemilihan, bermula di peringkat cawangan, bahagian dan sehinggalah ke jawatan Presiden UMNO. Selepas BN tidak mendapat majoriti 2/3 bagi kerusi Parlimen dan 5 buah negeri tumbang ke parti pembangkang, semua kesalahan diletak 100% pada Perdana Menteri.Ada dikalangan pemimpin BN terutama UMNO yang mendesak akan pucuk pimpinan perlu diubah dengan segara.

Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan saranan agar pucuk pimpinan ditukar serta merta.Namun persoalan yang perlu saya lontarkan, kenapa pilihanraya 2004 BN menang dengan majoriti yng cukup besar.Tiada pun saranan agar pucuk pimpinan ditukar?Apakah dengan kegagalan tersebut, perlu disalah 100% kepada nahkoda negara?Amat tidak wajar manusia yang jenis semacam ini.Inilah kawan makan kawan.Semasa senang mereka akan datang serta sujud kepada kita dan di masa susah mereka menjauhkan diri serta membiarkan masalah tersebut ditanggung sendiri.Dimasa inilah kita dapat menilai siapa tu kawan ,siapa tu kawan hipokrit dan siapa itu musuh.Fikir-fikirlah.

Saya ingin sentuh berkaitan dengan Tengku Razaleigh Hamzah ingin menawar diri bertanding bagi merebut jawatan Presiden UMNO Dec nanti.Untuk bertanding ke jawatan Presiden, beliau memerlukan kouta sekurang-kurang 30% percalonan.Makluman semua, Tengku Razaleigh Hamzah pernah keluar UMNO selepas tidak bersefahaman semasa era Tun Dr Mahathir menjadi Presiden UMNO & Perdana Menteri. Beliau telah keluar UMNO dan menubuhkan Parti semangat 46. Semasa itu, UMNO telah mengalami zaman yang cukup getir sehinggakan Kelantan jatuh ke tangan PAS dan sehingga ke hari ni, masih gagal dirampas balik.Cukup hebat rasanya semangat 46 yang ditubuh. Selepas itu, beliau kembali semula kepada UMNO.

Bagi saya, wakil UMNO disetiap bahagian tidak perlu mencalonkan beliau untuk jawatan Presiden.Memang beliau tidak layak untuk jawatan tersebut.Beliau lah yang menyebabkan UMNO berpecah.Saya nasihatlah kepada beliau, kukuhkan UMNO di Kelantan dan buat formula yang baru untuk merampas Kelantan.Tidak perlulah nak memikir diperingkat tertinggi, yang mana beliau sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah diperingkat rendah.Beliau perlu lah menumpu perhatian sepenuhnya kepada perpaduan parti, bukannya mengambil tindakan untuk memecahbelahkan ahli dalam UMNO.

Pengalaman semasa beliau berada di luar UMNO cukup pahit dan perit.Beliau lantang membangkang dasar-dasar kerajaan semasa beliau menjadi Presiden Semangat 46 malah sanggup bergabung dengan PAS.Tidak perlulah beliau nak buat perubahan pada UMNO, perlulah membuat perubahan dalam dirinya sendiri.

Kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Apakah yang menyebabkan anda berminat untuk mencalonkan diri bertanding jawatan Presiden?Adakah anda berminat untuk jawatan Perdana Menteri?tepuk dada tanya iman.


Friday, May 23, 2008

Keluarnya pejuang negara.

Assalamualaikum & salam sejahtera rakan bloggers.


UMNO dikejutkan dengan suatu isu yang semua ahli dan kepimpinan UMNO tidak menyangka ianya berlaku.Iaitu Tun Mahathir secara rasmi mengistihar untuk keluar UMNO.Berita ini sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam kepada UMNO yang selama ini memperjuangkan nasib orang melayu, agama islam dan negara.

Sebagai rakyat malaysia yang hidup dizaman kepimpinannya tentulah sukar untuk melupakan jasa-jasa yang telah dibuat untuk memajukan negara dan meletak negara Malaysia setanding dengan negara-negara yang sedang membangun lebih awal mencapai kemerdekaan.

Walaupun berat untuk saya menerima Tun keluar daripada UMNO, namun pada pemikiran Tun adalah lebih baik beliau berada di luar UMNO dan mengkritik dengan bebas tentang dasar-dasar kerajaan yang merugikan rakyat.

Saya percaya, tindakan beliau itu adalah bersebab.Saya tidak tahu apa tujuan asalnya beliau mengkritik dan mendesak agar kepimpinan negara diubah.Saya juga sedih, UMNO tidak dapat dipulih lagi.Pelbagai puak dan kumpulan telah wujud di dalam UMNO.Ada yang berpihak kepada kepimpinan yang ada sekarang dan ada juga yang berpihak kepada Tun.

Sekiranya situasi sebegini berterusan, saya percaya rakyat dan ahli UMNO akan muak dengan krisis yang tidak dapat diselesaikan.Kukuhkan parti, sayangkan negara dari kacau bilau.