Saturday, January 10, 2009

Terima Kasih Kerajaan Persekutuan

Semalam, YAB Dato'Seri Mohd Najid B Tun Abd Razak telah merasmikan satu Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan di Universiti Darul Iman (UDM). Terima kasih kepada kerajaan pusat yang memberi kepercayaan kepada Terengganu untuk menerajui satu bidang perubatan yang pertama kali di Negeri Terengganu. Kita sama-sama doakan agar negeri Terengganu menjadi negeri gedung Ilmu dan akan mencipta tamadun seperti mana yang visi dan misi sebelum ini, mantan Menteri Besar Y.B Dato Seri Hj Idris Jusoh.

Rakyat Terengganu perlu bersyukur dengan adanya prasana yang baik serta hubungan di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Hubungan baik tersebut memberi banyak peluang dan ruang untuk kerajaan Negeri merancang dan membangunkan negeri setanding dengan negeri-negeri di pantai barat. Insya-allah, dengan kesungguhan pemimpin negeri, Terengganu akan bakal menjadi negeri terbaik dan menjadi sebutan dibibir mulut setiap warga.

Budaya BN bukan menang di medan ceramah sahaja, tetapi mempunyai perancangan yang rapi, berusaha dan laksanakan. BN bukan seperti parti rapuh pangkatan rakyat PAS + DAP + PKR yang masing-masing mempunyai ideologi yang berlainan. Saban masa, masing-masing berbeza pendapat. PAS dari dahulu sampai sekarang sering kali mengeluarkan "isu hukum hudud".Tiada isu lain yang nak diketengahkan selain isu tersebut. Adakah benar dan ikhlas PAS ingin laksanakan hukum Allah? 4 tahun rakyat Terengganu memberi peluang memerintah dan ingin melihat hukum yang dijanjikan ingin dilaksanakan. Tetapi sehingga ke hari ini, bayang2 hukum tersebut tiada. Saya bukan menolak hukum Allah, bersetuju kita nya benar-benar dilaksanakan. Tetapi, PAS menggunakan isu tersebut untuk meraih sokongan khususnya orang melayu yang sensitif dengan isu tersebut.

Cukuplah, PAS hendak bermadah dan sebagainya. Ingat, Setiap Insan akan menemui Ajal. Usah kita menipu rakyat dan membuat janji-janji yang tak mampu dilaksanakan, sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui apa isi hati setiap insan. Saya dengan rendah diri, menyokong Dato'Wan Farid Wan Salleh menjadi calon BN untuk kerusi P36. Semoga, beliau menang dan membawa kesinambungan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Dato'Razali Ismail. -Insya-Allah.

"Hidup UMNO"
"Hidup Melayu"
"Hidup Dato'Wan Farid Wan Salleh"

Monday, January 5, 2009

Hari Penamaan Calon


Beberapa jam lagi, kita akan menyaksikan percalonan bagi pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Pilihanraya tersebut, adalah pilihanraya yang boleh dikatakan cukup sengit. BN mahu mengekalkan kerusi dan pembangkang terutama PAS cuba merampas kerusi yang dimenangi oleh mantan MP Kuala Terengganu yang meninggal dunia ekoran serangan jantung. Beliau adalah bekas Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

BN mencalonkan Y.bhg Senator Dato' Wan Farid Wan Salleh yang juga Timbalan Menteri manakala PAS diwakili oleh ayam tambatannya YB En Abd Wahid Endut. Kedua2 mempunyai kehebatan tersendiri. Saya doakan agar BN berjaya mengekalkan kerusi P36 yang dimenangi sejak 2004 hingga kini. Insya-allah.

Monday, December 22, 2008

BN Akan Kekal P36 ?

Merujuk kepada berita pada malaysiakini.com dengan tajuk Pemimpin Umno tidak pasti menang pada pilihanraya kecil bagi P36 adalah satu ramalan sahaja. Umum mengetahui bahawa, Dato'Wan Farid Wan Salleh adalah tokoh terbaik dan layak untuk menjadi calon bagi pilihanraya tersebut. Dengan ketokohan sebagai bekas Peguam, beliau mampu membawa kesinambungan yang telah dibuat oleh Allahyarham Dato'Razali Ismail.

Kita tidak dapat menafikan bahawa, ketandusan isu yang hendak dibawa pihak lawan. Tidak kurang juga malaysiakini juga memain untuk mengulas beberapa isu yang mana memberi gambaran yang salah terhadap calon tersebut. Saya berpendapat bahawa, walaupun P36 adalah pertandingan yang cukup sengit tetapi yakin BN akan menang dengan selesa. Insya-allah.

Sunday, December 21, 2008

Dato' Wan Farid Wan Salleh


Dato'Wan Farid Wan Salleh telah diumumkan oleh YAB Dato'Seri Mohd Najid Tun Razak sebagai calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu setelah P36 kosong ekorang Allayarham Dato'Razali Ismail kembali ke rahmatullah. Dengan pengumuman calon bagi P36, maka teka teki siapa bakal calon BN telah terjawab. Sebelum-sebelum ini, nama yang bakal-bakal disebut menjadi calon selain daripada Dato'Wan Farid iaitu Dato'Zuber (mantan Ketua Penerangan UMNO Terengganu ) Dan Timbalan Ketua bahagian Mohd Alwi.

Ketokohan Dato'Wan Farid sedikit sebanyak akan mengekalkan P36 milik BN.Walaupun P36 bukan kubu mana-mana parti samada PAS atau BN, namun realitinya menjadi rebutan semua parti. Inilah masa untuk menilai kekuatan UMNO/BN Terengganu setelahPRU12 yang lalu tsunami politik melanda negara kita yang menyebabkan BN tidak mendapat majoriti 2/3 Parlimen dan 4 buah negeri tumbang kepada pembangkang. Saya berharap agar UMNO Terengganu dapat berganding bahu untuk memenangi pilihanraya kecil bagi P36 ini.

Disini juga kita ini dapat melihat peranan yang akan dimainkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO iaitu YAB Dato'Ahmad Said.Adakah ketokohan beliau dapat memberi bonus kepada kemenangan calon BN.?Kita akan nantikan pada 17 Jan 2009, siapa yg bakal ke Parlimen ?sama-sama kita nantikan..

Debat Husam Musa & Khairy