Friday, November 7, 2008

ADUHAI TERENGGANU KU...:-)

Amat malang sekali bila mana memikirkan masalah kepimpinan UMNO. Saya amat-amat sedikit bilamana UMNO telah mengalami satu penyakit yang mana sukar untuk diubati melainkan ianya kecundang besar.Penyakit tersebut ialah masalah perebutan jawatan dan politik wang serta "cah keting".Apa yang ingin saya isukan di sini berkaitan dengan kepimpinan UMNO khususnya di negeri Terengganu Darul Iman.Umum mengetahui bahawa, 1999 merupakan satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh rakyat terengganu, baik yang berada di dalam UMNO,atas pagar mahupun pembangkang.

Tahun 1999, UMNO jatuh kecundang ke tangan parti Pembangkang iaitu PAS. Hanya 4/32 Dewan Undangan Negeri Terengganu berjaya kekal di tangan BN/UMNO, selebihnya dikuasai PAS.Kerusi yang menang ketika itu, Dun Ajil ( YB Dato'Rosol B Wahid ), Dun Telemong(Ybg Dato'Tengku Putera Tg Awang ), Dun Seberang Takir ( Ybhg Senator Dato'Abdul Rashid Ngah ) dan Dun Paka (Ybhg Dato'Abu Bakar ).Keempat-empat kawasan tersebut boleh dianggap sebagai kubu kuat UMNO. Kita tahu, 1999 merupakan sejarah yang penting bagi negara kita bilamana UMNO telah berpecah kepada dua iaitu penyokong UMNO dan penyokong kuat DS Anwar Ibrahim yang dilucutkan jawatan dari kerajaan dan UMNO.UMNO menerima tamparan hebat. Ini bermakna, PAS telah berjaya membentuk kerajaan baru di Negeri Terengganu.

Memang amat pedih untuk menerima kerajaan yang tidak sehaluan dengan hala tuju perjuangan parti UMNO.Tapi hakikatnya, UMNO Terengganu terpaksa menerima hakikat kekalahan teruk dan membuat post-mortem.Ekoran daripada itu, kepimpinan Terengganu telah bersidang dan merombak kepimpinan yang lama dengan membentuk kepimpinan baru.Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu telah dianggotai oleh YAB Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mana ketika itu merangkap sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Ianya dibantu oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan YB Dato'Seri Idris B Jusoh.UMNO Terengganu telah mengambil tindakan yang drastik untuk menawan balik negeri Terengganu di tangan PAS.Segala penat lelah dan usaha berpanjangan oleh YAB Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi,YB Dato'Seri Idris Jusoh dan kepimpinan UMNO Terengganu, tahun 2004 UMNO berjaya mengambil alih kerajaan Terengganu semula.

Tahun 1999, PAS sebenarnya bukan penyebab utama kepada kekalahan UMNO, akan tetapi pergolakan yang berlaku dalam kepimpinan UMNO itu sendiri menyumbang UMNO begitu mudah dikalahkan.Kita sedar bahawa, dikalangan kepimpinan UMNO samada di peringkat bawahan mahupun peringkat tertinggi, semuanya berebut-rebut untuk menjadi ketua.Mereka menyertai UMNO oleh kerana ada kepentingan masing-masing. Bukan untuk sukarela sayangkan perjuangan parti seperti mana prinsip utama penubuhan UMNO sebelum & selepas mencapai kemerdekaan.

Percayalah, hari ini UMNO telah jauh terpesong daripada landasan utama perjuangan dan prinsip penubuhan.Oleh itu, saya menyeru kepada ahli-ahli UMNO,kepimpinan UMNO marilah sama-sama muhasabah diri dimanakah anda berada sekarang.Ingatlah,sayangi UMNO.Adakah ahli-ahli UMNO ingin melihat suatu masa akan datang, UMNO akan menjadi satu parti yang tiidak mempunyai kuasa dan tidak mempunyai apa-apa makna kepada ahli-ahlinya lagi.

Saya amat-amat risau, kiranya pergolakan UMNO khususnya Terengganu tidak dapat dipulihkan dengan segera, saya yakin PRU 13 gelombang biru yang dilaung-laungkan selama ini akan bertukar menjadi hijau.Mustahil, rakyat Terengganu sekali membuat percubaan untuk beralih kepada kerajaan PAS bilamana jelek melihat masalah dalaman parti tidak dapat diselesaikan dengan cara baik.

Saya kurang bersetuju dengan tindakan MB Terengganu untuk memecat YB Yahya Khatib daripada menganggotai Exco Kerajaan Negeri Terengganu ekoran daripada beliau mencabar mantan Ahli Parlimen Marang yang digelar sebagai "Giant Killer" dalam pertandingan merebut kerusi Ketua Bahagian Marang.Ingat, Semua kerusi baik kerusi Parlimen dan kerusi Dun yang dikawasan Marang adalah kerusi yang terlalu rapuh.Marang mempunyai 4 kerusi dewangan undangan negeri iaitu Dun Alor Limbat, Dun Bukit Payong, Dun Pengkalan Berangan dan Dun Rhu Rendang.Dun Rhu Rendang sememangnya adalah kubu kuat YB Dato'Seri Abdul Hadi Awang ( Presiden PAS ). Akan tetapi tiga daripada itu boleh dikatakan kerusi selang seli.Adakala ianya dianggotai PAS dan adakala dianggotai UMNO.

PRU 12, Dun Bukit Payong kecundang kepada PAS dengan majoriti menang mudah ekoran daripada Ybhg Dato'Dr Abdul Latiff Awang mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu sejak 1995 era Ybhg Tan Sri Wan Mohktar Ahmad menjadi Menteri Besar tidak dicalonkan bertanding. Beliau merupakan tokoh berkebolehan baik dari segi agama mahupun akademik. Malang sekali, oleh kerana apa yang saya nyatakan , dikalangan ahli-ahli UMNO berebut-rebut untuk menjadi ketua walaupun hakikat tidak mempunyai kepimpinan dan tidak mampu. Maka berlaku kemerosotan dalam kepimpinan.

Saya menyeru kepada kepimpinan UMNO samada UMNO Malaysia dan khususnya UMNO Terengganu, carilah dan tonjolkanlah pemimpin benar-benar yang layak memimpin masyarakat. Saya yakin, kiranya UMNO benar-benar mengikut prinsip yang dilandaskan dengan al-Quran dan al-Sunnah, Insya-Allah.UMNO akan kekal berkuasa dengan majoriti yang selesa.

Pikir-pikirkan lah......

2 comments:

Anonymous said...

persoalan paling besar, kenapa orang terengganu tak boleh jadi macam orang lain.terengganu jadi menteri besar, daerah mana dia duduk,semua sapu pergi daerah tu.dulu wan mokhtar-semua g kemaman...padan dengan muka-kena tolak secara total hingga bergolek jatuhnya...kemudian deris jusuh..nama belajar agama..arab petah kat mulut..selalu kata islam itu adil...tapi sejarah cipta lagi dengan semua bawa pergi ke besut...nasib projek taman tamadun islam tu tak pergi kemaman juga...tu pun penuh kontroversi..namanya pelajaran agama...kalau jadi pm malaysia deris ni, maju terengganu...deris xsedar ke dia tu jadi mb teranung bukan mx besut je...kena dengan sultan...malu ke muka..sultan pun xboh terima..,nasib sultan masih benar masuk negeri..kalau kena buang negeri macam artis kena kat kelantan, lagi malu...jadi pemimpin yang utama, kena adil...kena ingat bukan sahaja daerah sendiri kena jaga, daerah lain pun kena jaga..tanya ar penduduk daerah tun masa jadi pm, ada kemajuan melampau ke..lama 2 dia duk jadi pm..22 tahun..kalau stail deris ni, lama dah kawasan kubang pasu membangun...fikir2 sendiri ar...

Kembara Politik said...

Salam,

Saja mai melawat blog sahabat mykmu...

Teruskan menulis...