Saturday, October 18, 2008

PEMILIHAN KEPIMPINAN UMNO

Seluruh negara telah mengadakan dan akan mengadakan permilihan dalam pucuk pimpinan bahagian masing-masing dan mencalonkan pemimpin yang akan bertanding di peringkat tertinggi UMNO ekoran YAB Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO pada Mac 2009.Umum mengetahui bahwa, pelan peralihan kuasa telah dipersetujui oleh kedua-kedua pemimpin sebelum pada tahun 2010. Ekoran desakan daripada Ahli Majlis Tertinggi dan segelintir pemimpin, YAB Dato'Seri terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar untuk berbincang semula tarikh yang sesuai ekoran desakan tersebut. Maka Mac 2009 telah dipersetujui untuk YAB Dato'Seri Abdullah memberi kuasa kepada pengantinya untuk meneruskan kepimpinan.
Malangnya, kedengaran cakap-cakap dari Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhiyyidin Yassin tarikh Mac 2009 adalah terlalu lama untuk calon yang akan bertanding berkempen yang akan menimbulkan pelbagai masalah seperti politik wang, tomahan, fitnah dan sebagainya. Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Persoalannya ?Adakah Tan Sri Muhiyyidin Yassin tidak sabar-sabar lagi untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden UMNO?Apabila melihat kepada kemerosotan BN, semua pemimpin dalam komponen BN menyalahkan dan meletakkan semua kesalahan kepada YAB Perdana Menteri. Adakah ini adil ?Bilamana diimbas kembali, selepas pemencatan Anwar Ibrahim selaku Mantan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato'Seri Abdullah selaku Timbalan Perdana Menteri telah menjelajah keseluruh Malaysia agar memberi sokongan padu kepada YABhg Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri itu. Ada juga badan-badan NGO, Pembangkang dan lain-lain mengadakan reformasi dan menyeru Tun Dr Mahathir meletak jawatan. Tetapi dengan kesetiaan YAB Dato Seri Abdullah agar setiap ahli UMNO Malaysia menyatakan sokongan padu dan merapatkan barisan dalam kepimpinan UMNO.
Kemerosotan BN pada pilihanraya umum yang lalu didorong pelbagai faktor.Antarannya kritikan secara terbuka mantan Perdana Menteri, pembebasan Anwar Ibrahim, perebutan jawatan dalam parti, cantas mencantas untuk dicalonkan dalam pilihanraya, soal calon yang bertanding dan sebagainya. Pokok asalnya yang mempengaruhi adalah Tun Mahathir. Pengaruh idea beliau masih diterima pakai lagi oleh semua lapisan masyarakat samada dalam UMNO mahupun Pembangkang.
Sehubungan dengan itu, seharusnya setiap kepimpinan UMNO bergading bahu dan membuat kajian semula serta merapat barisan untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku bukannya menuding jari kepada YAB Dato Seri Abdullah seorang. Ingat, pemimpin pergi dan adanya pengantinya. Akan tetapi,adakah pengunduran Dato Seri Abdullah memberi inspirasi baru dalam UMNO dan BN.Jika Ya, kita bersyukur tetapi jika tidak padah yang akan diterima oleh semua ahli-ahli UMNO.
Kita berharap agar calon-calon yang akan bertanding nanti seharusnya mempunyai rekod yang bersih selaku pemimpin seperti mana yang ingin kita lihat pemimpin yang tidak memberi undi, rasuah, tidak berdisplin dan sebagainya.Ingat, Allah swt telah mengariskan kepada kita untuk memilih seseorang untuk menjadi pemimpin. Tugas pemimpin adalah teramat berat, bukan sahaja di dunia malah di akhirat Allah swt akan meniliti akan kepimpinan semasa di dunia.Hendaklah seseorang pemimpin yang adil, berwawasan, bermatlamat dan sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan rakyat.
Selamat bersidang ...Terima kasih.

No comments: